
Sulit
4 tahun
Saya mengalami sesak nafas setiap malam. Kdg kdg hampir setiap masa
Saya wanita berumur 22 tahun. Rabu lepas(9/9)saya mengalami sakit perut yang teramat sakit…dn kebetulan waktu itu saya period. Tp selama ni saya tk pernh kena serangan sakit perut yg teramat sakit smpai saya sukar utk bernafas. Dan… smpai ke hrini saya mengalami sukar utk bernafas. Setiap malam saya jadi sesak nafas smpai takut nk tdur. Hrini (15/9) sesak nafas saya semakin teruk… and perut saya tiba tiba jadi cramp dn sangat sakit. Saya rasa berat sangat nak bernafas… doktor tolong saya. Perlu ke saya pergi klinik

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit perut yang datang beberapa hari ni dan disusuli oleh sesak nafas yang masih ada sehingga harini. Untuk makluman puan, simptom-simptom yang anda alami ini mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Kadangkala sesak nafas boleh disebabkan oleh kegelisahan yang berlaku atas kejadian sakit perut yang anda alami ketika itu.
Namun, terdapat beberapa penjelasan yang boleh dikaitkan dengan masalah anda ini iaitu:
- Penyakit refluks esofagus: anda akan rasa mual serta sakit tekak, bersertakan sakit pedih ulu hati
- Ketidakseimbangan hormon
- Keradangan pada organ reproduktif wanita ataupun pada usus dan perut
- Jangkitan kuman pada darah (septicemia)
- Kegelisahan atau serangan panik
- Penyakit keradangan pada perut atau esofagus
- Masalah pencernaan atau keracunan makanan
- Jangkitan virus yang boleh merebak melalui pemakanan dan cecair badan seperti bersin dan batuk (Coronavirus, Infectious Mononucleosis, Influenza, Common cold)
Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai perkara ini untuk mendapatkan siasatan kesihatan lebih lanjut bagi mengenal punca masalah anda, serta mendapatkan rawatan yang sesuai. Jawapan yang diberi ini hanyalah jawapan am mengenai masalah anda.
Sekiranya terdapat pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.