
Sulit
5 tahun
Saya mengambil ubat postinor untuk cegah kehamilan
saya sudah berkahwin. saya juga mengambil ubat postinor untuk elak dari mengandung. i want to ask, sekiranya saya mengambil pil pertama selepas having sex then i having sex again and after that i take a second pill… boleh ke macam tu? adakah sy akan mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, pengambilan pil perancang kecemasan adalah dalam 72 jam selepas melakukan hubungan seksual bagi pil pertama dan 12 jam selepas itu bagi pengambilan pil kedua. Ia tidak berkesan jika diambil tanpa mengikut arahan. Hubungan seksual kedua yang anda lakukan tidak berada dalam tempoh dilindungi oleh kesan pil tersebut walaupun anda mengambil pil kedua selepas itu.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.