
Sulit
3 tahun
Saya menghadapi beberapa masalah. saya mengalami sakit tekak , sering sendawa, kadang kadang sakit dada
saya sering sendawa banyak kali dah lama. baru ini saya sakit tekak tetapi tak sakit ketika menelan, saya takut ada penyakit kanser esofagus. boleh bagi pandangan doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi pihak kami untuk bertanyakan masalah anda.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, kami memahami bahawa anda takut sama ada segenap gejala yang anda hadapi ada hubungannya dengan kanser esofagus. Jangan risau, kami akan cuba memberikan pandangan secara ringkas tentang hal ini kepada anda.
Untuk makluman anda, secara umum, gejala sedemikian boleh berlaku atas beberapa penyebab, seperti:
- Sistem salur penghadaman yang membuang lebihan udara yang terperangkap di dalam perut
- Penyakit refluks esofagus ( GERD )
- Radang saluran udara/tekak - akibat jerebu
- Jangkitan kuman dalam saluran udara/tekak - gejala lain seperti batuk, demam
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara lain yang lebih serius, seperti:
- Kanser esofagus - GERD yang tidak dirawat boleh menjadi salah satu faktor, ditambah dengan gejala seperti penurunan berat badan mendadak, kesukaran menelan, batuk atau muntah berdarah serta beberapa gejala lain
- Jangkitan dan batu tonsil
Justeru, anda disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut bagi mengenai hal ini.
Kami berharap agar penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak