
Sulit
4 tahun
Saya merupakan kontak rapat pesakit positif covid 19
Saya berumur 20 tahun, bekerja di sebuah klinik pergigian. Disahkan kontak rapat dengan seorang pesakit yang positif covid19. Saya telah menjalani swab test pertama dan keputusannya negatif. Hari ini adalah hari ke 11 saya berkuarantin dan tidak mempunyai apa apa simptom.Saya tidak mendapat apa apa telefon daripada pihak pkd sama ada saya perlu teruskan berkuarantin atau buka gelang atau perlu membuat swab test kedua. Apakah yang perlu saya lakukan sekarang doktor. Apakah saya perlu untuk berkuarantin lebih lagi? ada kemungkinan kah saya mendapat keputusan positif bagi swab kedua saya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Saya sarankan anda untuk menghubungi dahulu pihak PKD untuk langkah seterusnya. Secara amnya, anda perlu melakukan ujian swab yang kedua dan mendapatkan keputusan negatif untuk menamatkan tempoh kuarantin anda. Melalui ujian swab akan menentukan jika anda perlu menambah tempoh kuarantin ataupun tidak.
Anda juga boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) untuk bertanya tentang langkah seterusnya mengenai persoalan anda.
Talian CPRC :
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini