
Anonymous
5 tahun
Saya mndapatinajis berwarna hijau. Apakah puncanya
Saya brumur 20 thun sy mndapti najis saya brtukaq brwarna hijau. Apakah puncanya. Sblom ni sy ada mngalami ketumbuhan dlm hempedu tapi doctor kta dia x mmbahaya sbb msih kecil. Dan sy juga mngalami mslah tulang blakang . Apakah najis sy brtukaq warna hijau disebabkn mslah hempedu ka?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, najis hijau boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Normal akibat pemakanan sayuran hijau yang banyak
- Masalah pigmen hempedu
- Akibat ubatan seperti antibiotik
- Akibat prosedur medik seperti transplan
- Akibat jangkitan bakteria dan parasit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.