
Sulit
3 tahun
Saya mngalami period yang tidak teratur sejak beberapa bulan yang lepas
Saya berumur 18 thun…beberapa bulan yg lepas sya mngalami period lewat 10 hri …kemudian pda bulan seterusnya sya dtg bulan awal 10 hri…dan bulan lepas saya period pda 9/5-15/5/21 dan dlm msa seminggu lebih saya dtg bulan lagi pda 29/5-3/6/21.dan selepas pda itu dlm msa 11-13 hari sya dtg period lagi .iaitu pda 16/6/21…saya tidak psti ape masalah yg saya hadapi .dan saya juga ingin tahu hari subur saya .harap dr dpt mmbntu saya dalam masalah ini .sekian trima kasih

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, kami memahami keresahan anda berkenaan gejala haid yang lewat 10 hari, diikuti dengan haid awal 10 hari, seterunya jadual haid selanjutnya yang tidak konsisten. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala atau masalah kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
Namun begitu, gejala tersebut juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.