
Sulit
3 tahun
Saya nak beli Kit Rtk covid19 UTK kegunaan saya dan keluarga
Saya nak tanya jika saya beli kit covid tu mcmna say nak dapatkan pengesahan dari mana2 doktor UTK menentukan Sebb saya akan menaiki kapal terbang pada bulan Disember nti dan syrkt penerbangan meminta rtk saya…dan kami seramai 14 org…dan akan terasa beban jika melakukan cpr dklinik swasta…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, anda perlu rujuk dengan syarikat penerbangan anda jika mereka menerima keputusan self test kit COVID-19 atau tidak. Ini adalah disebabkan, lain syarikat penerbangan mempunyai syarat-syarat penerbangannya yang tertentu. Ada yang tidak menerima keputusan self test dan perlu membuatnya di klinik dan disahkan dengan makmal yang tertentu.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini