
Sulit
3 tahun
Saya nak gugurkan kandungan saya
Saya umur 26 ,saya dapati bulan ini saya tak datang haid,sebelum nie sy ad terlanjur dengan teman lelaki saya,lepas cek sebulan xdtg period dh lebih dri hari sy period,ianya positif,boleh ke sy nak gugurkan kandungan sy?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami situasi anda yang hamil.
Untuk pengetahuan anda, undang-undang Malaysia tidak membenarkan wanita menggugurkan kandungan sesuka hati. Anda amat dinasihatkan untuk merujuk perkara kepada doktor terlebih dahulu iaitu melalui konsultasi secara langsung dengan doktor.
Anda dilarang untuk mengambil ubat gugurkan kandungan melainkan dengan nasihat doktor atas faktor seperti masalah kesihatan yang mungkin terjadi kepada anda dan sebagainya. Hal ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain daripada berlaku.
Anda disaran untuk berbincang dengan ahli keluarga dan pasangan bagi mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar obstetrik.