
Sulit
4 tahun
Saya nak tahu punca resdung dan ada tak apa apa pantang makan
Saya berumur 20 tahun. Saya dah lama rasa sangat tak selesa untuk bernafas rasa macam laluan hidung saya sempit dan tekak juga terasa ada lapisan kahak. tapi bila saya nak cuba keluarkan kahak atau hingus, tak ada apa apa cecair yang keliar. Kadang2 saya cuba nak keluarkan kahak sampai tekak saya rasa pedih.Saya ada baca ini mungkin disebabkan resdung. Boleh doctor jelaskan tak apa punca resdung & ada kena pantang daripada makan apa apa tak? Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda alami iaitu sukar bernafas, hidung sempit dan tekak yang penuh kahak. Gejala-gejala tersebut boleh berpunca dari pelbagai gangguan atau penyakit, antaranya:
- Alahan atau allergic kepada sesuatu benda / cuaca / persekitaran
- Asma
- Resdung
- Jangkitan kuman di saluran pernafasan
- Gangguan sturktur anatomi (i.e. _Nasal Septum Deviation, Polyp,_dll.)
Walaupun tidak ada pantang secara khusus, anda boleh cuba kurangkan makanan atau minuman tersebut:
- makanan dan minuman yang anda allergic atau membuatkan gejala meningkat mendadak
- makanan dan minuman yang sejuk atau berkarbonat
- youghurt
- pisang
- makan nasi atau buah-buahan di waktu malam atau sebelum tidur
Sebaliknya anda boleh cuba mengamalkan yang tersebut:
- susu atau minuman panas
- sup-sup yang hangat
- teh atau air suam
- minuman hangat
Terdapat beberapa cara untuk meredakan gangguan tersebut yang perlu anda tahu, antaranya ialah:
- Minum banyak air untuk mengurangkan hidung tersumbat dan mengelakkan lendir daripada menjadi terlalu tebal. Minum air akan mengelakkan dehidrasi dan mengekalkan kelembapan kerongkong dan saluran rongga hidung.
- Cecair yang disyorkan termasuklah air, minuman sukan, teh herba, minuman buah-buahan dan sup.
- Rawatan wap boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat. Ambil sebesen air suam dan titiskan minyak aromaterapi atau titisan lemon. Duduk di hadapan besen dalam beberapa minit. Wap panas boleh mencairkan lendiran dan mengurangkan hidung tersumbat.
- rawatan ubat yang perlu mendapatkan nasihat doktor yang lebih pakar
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga perlu mendapatkan rawatan mahupun keterangan lanjut untuk mengenal pasti apakah sakit kepala tersebut benar disebabkan oleh gangguan hidung yang anda alami.
Akhir kata, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.