
Sulit
4 tahun
Saya nak tanya doktor Saya baru berhenti dari injection depo 3 bulan sekali tu..tapi selepas itu period saya datang cuma sikit2..boleh Hamilton ke macam tu
Saya baru stop injection saya cuma injection 3 bulan sahaja…adakah selepas itu saya terus hamil

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, anda boleh hamil seawal 3 ke 4 bulan selepas berhenti mengambil suntikan depo namun sesetengah wanita mengambil masa sehingga 2 tahun untuk hamil selepas berhenti mengambil suntikan tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.