
Sulit
4 tahun
Saya nak tanya doktor tentang masalah period saya sekarang ini dan kalau nak bersama suami selalu faraj sy berdarah dan gatal
Saya wanita 20an … sejak sy berkahwin sy mengalami masalah dengan period saya … 3 bulan sy x datang period dan bulan 12 haritu sy datang period tapi darah yang keluar adalah sedikit sahaja dan period berpanjangan smpai ke hari ini sekarang tempoh period dah sampai 15 hari … darah yang keluar sekali dengan cecair berwarna coklat dan faraj sy selalu gatal-gatal dan sebelum nie kalau sy nak bersama suami selalu faraj sy berdarah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang wanita mengalami masalah haid tidak teratur:
- Polycystic ovarian syndrome atau PCOS
- Tekanan emosi
- Jadual aktiviti harian yang terlalu aktif atau padat
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid
- Masalah ovari
- Penggunaan ubat atau alat perancangan keluarga
- Polip atau fibroid rahim; keadaan ini boleh menyebabkan haid tidak teratur dan berpanjagan
- Endometriosis atau adenomyosis; boleh menyebabkan haid tidak teratur dan berpanjangan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Masalah gatal-gatal pada bahagian kemaluan anda mungkin disebabkan oleh beberapa faktor ini:
- Jangkitan pada bahagian kulit sama ada oleh bakteria, virus atau kulit
- Jangkitan kelamin
- Reaksi alahan
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai keadaan anda. Kami amat galakkan supaya anda berjumpa dengan doktor kerana perkara ini mengganggu aktiviti anda dan perlu diberikan perhatian kerana kami bimbang ia berpunca dari masalah yang lebih serius. Pemeriksaan secara menyeluruh perlulah dibuat supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.