Sulit
3 tahun
Saya nak tanya kenapa bila saya tegangkan otot payudara saya di sebelah kiri dan saya raba di sisi payudara tersebut terasa ada macam berketul ketul kecil
Hello doc…saya lelaki umur 21 tahun…saya nak tanya kenapa bila saya tegangkan otot payudara saya di sebelah kiri dan saya raba di sisi payudara tersebut terasa ada macam berketul ketul kecil…bila saya kempiskan saya raba tidak ada ketul tersebut.di sebelah payudara kanan tak ada ketul ketul itu…apakah masalah saya yaa doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ketulan di payudara boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketulan susu
- Fibroadenoma payudara
- Radang payudara
- Lipoma (ketulan kulit)
Sebetulnya, ketulan di payudara harus diperiksa lanjut dan mendapat pengesahan daripada doktor melalui scan dan biopsi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.