
Sulit
3 tahun
Saya nak tanya mengenai doktor pakar
Saya telah diappointment untuk berjumpa doktor pakar psikologi di hospital bulan depan. Saya nak tanya boleh ke doktor pakar tersebut check saya satu badan untuk mengetahui saya sedang sakit ape? Ke kena pergi setiap department2 pakar yg berbeza untuk check diri saya? atau doktor pakar psikologi hanya untuk bahagian mental dan emosi sahaja? lebih mudah kalau doktor pakar yg saya nak jumpa ni boleh buat full medical checkup pada diri saya. maaf ni first time saya nak ke hospital jumpa doktor pakar.sebelum ni saya hanya melawat orang sakit je.ckrg saya yg sakit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda mengenai persoalan yang diberikan. Berdasarkan kenyataan anda, doktor tersebut akan memeriksa anda secara menyeluruh. Sekiranya beliau mendapati anda mempunyai masalah yang perlu dirujuk kepada doktor disiplin yang berbeza, beliau akan merujuk anda kepada doktor tersebut untuk pemeriksaan lanjut.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.