
Anonymous
4 tahun
Saya nak tnye masalah period
assalammualaikum dokter sya nak tanye kenape sya datang period 2 hari saje ? sebelom ni period sya dtang dalam 4 hari , tapi bulan ni cuma datang 2 hari …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, jangka waktu datang haid yang normal adalah antara 2-7 hari. Dan biasanya kebanyakan wanita datang haid selama 3-5 hari.
Terdapat pelbagai punca perubahan tempoh haid dan kitaran menstruasi anda. Selalunya ia dipengaruhi oleh perubahan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Keletihan
- Aktiviti harian yang sibuk
- Tekanan emosi
- Terlibat dengan kegiatan sukan lasak
- Perubahan berat badan mendadak
Sekiranya perkara ini membimbangkan anda, haid anda menjadi semakin tidak teratur atau terdapat simptom lain yang mengganggu anda ketika haid, anda boleh rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami melalui atas talian secara percuma. Terima kasih.