
Sulit
3 tahun
Saya ni ada masalah ingatan ke dok?
Doktor,saya ada masalah bila bercakap.saya perasan bila berckp secara automatik saya tahan nafas.pastu saya rasa mcm xcukup nafas. sejak ada turbinate hidung,kitaran pernafasan saya sudah menjadi laen(tu yg saya rasalh). Kadang saya terfikir jgk saya ni dh terlupa nak bernafas ke.ke cbb kuat beremosi saya jadi mcm tu.saya baring tenangkan diri baru rasa selesa.Tapi kan dok,kita kalau tengah bercakap,memang xbernafas ke? terngiang2 dalam kepala saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami faham bahawa anda musykil akan gejala ketidakselesaan bernafas yang anda alami dan ingin sama ada ia berkait dengan masalah ingatan ataupun tidak. Kami di sini akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sistem pernafasan manusia melibatkan otot involuntary dimana otot tetap bekerja walaupun tanpa kita sedari. Jadi, tidak akan muncul masalah ingatan untuk terlupa bernafas bagi manusia. Anda tidak perlu bimbang akan perkara sedemikian.
Sebalikya, secara umum, ketidakselesaan bernafas boleh dikaitkan dengan beberapa perkara, seperti:
- Masalah hidung tersumbat -lendir akibat selesema, atau perubahan cuaca yang sejuk
- Gangguan perasaan
Namun begitu, ia juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Trauma ataupun luka didalam struktur hidung
- Polip hidung
- kelainan struktur rongga hidung
- Ketumbuhan dalam hidung atau kerongkong
- Sinusitis
- Jangkitan kuman, virus
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor