
Sulit
5 tahun
Saya perlukan prescription
Saya wanita 33 tahun sedang dalam pengambilan antibiotik, tetapi ubat hampir habis. Saya perlukan prescription ubtuk Beatacycline Tetracycline HCI 250mg 60biji. Klinik saya pergi di Kuala Lumpur tetapi during MCO saya tidak boleh pergi kerana saya menetap di Seremban

5 tahun
Salam sejahtera
Preskripsi ubat terutamanya antibiotik amatlah ketat dan hanya boleh dilakukan selepas pemeriksaan daripada pihak doktor walaupun anda sememangnya mengambil antibiotik sebelum ini. Keputusan sama ada anda perlu untuk meneruskan pengambilan ubat ini adalah bergantung kepada penilaian semasa doktor berkenaan dengan tahap kesihatan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.