Sulit
4 tahun
Saya pesakit covid positif dan mengalami insomia& anxiety
Hi dr, saya (23 tahun) pesakit covid cat-1 yg kuarantin di rumah, namun, sejak saya kuarantin saya tk boleh tidur dgn baik hanya 3-4 jam sahaja sehari. Anxiety saya pun makin teruk. Saya tak tahu nak buat apa skrang since saya positif dan tidak cat-3 ke atas untuk ke hospital.
Saya skrang rasa sakit kepala yg amat seperti mahu pitam dan mengantuk namun tidak dapat tidur walaupun siang hari. Dada saya pun berasa berat. Apa perlu saya buat dr
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, insomnia, sakit kepada dan rasa tekanan pada dada adalah gejala umum untuk jangkitan covid. Keparahan gejala dan jangka masa diperlukan untuk pemulihan adalah berbeza untuk setiap individu.
Walaupun anda cat 1 dan kuarantine di rumah, sekiranya gejala anda jadi semakin teruk, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































