
Sulit
3 tahun
Saya pesakit covid19 yang kuarantin dirumah
Hai…saya nak tahu bagaimana dan cara untuk bersihkan bilik selepas saya kuarantin…seperti cadar, selimut, bantal

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Anda ingin mengetahui tentang cara-cara membersihkan bilik kuarantin. Kami akan cuba membantu anda.
Mengikut garis panduan CDC, anda perlu :
- Membersihkan setiap permukaan yang disentuh oleh anda semasa kuarantin dengan pembasmi kuman
- Tukar dan basuh setiap pakaian, cadar, selimut dan sarung bantal yang digunakan semasa kuarantin
- Udarakan bilik anda sebelum menggunakannya semula
- Bilik dan tandas yang digunakan oleh individu tersbut perlu dibersihkan dengan pembasmi kuman
- Ketika membersih, anda harus memakai pelitup muka dan sarung tangan
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi doktor kami secara atas talian.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini