
Sulit
4 tahun
Saya pesakit diabetes
Saya wanita berumur 52 tahun, pengidap penyakit latern Tibi, boleh kah saya mengambil suntikan vacsin covid 19 jika pernah mkn ubat isoniazid

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan informasi terkini, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan kepada individu yang mempunyai masalah diabetes. Menurut doktor pakar diseluruh dunia, kebaikan dan manfaat vaksin adalah lebih baik berbanding dengan komplikasi yang bakal terjadi sekiranya individu dijangkiti COVID-19 kerana virus ini akan membawa kemudaratan yang lebih buruk kepada individu yang mempunyai penyakit kronik. Justeru pencegahan melalui vaksin adalah digalakkan. Setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya di galakkan untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 agar rantaian jangkitan COVID-19 dapat dihentikan secara menyeluruh.
Masih gusar dengan masalah buah pinggang/tiroid/hati anda? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya daripada doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda dinasihatkan untuk terus mengamalkan penjarakan sosial/fizikal, menjaga kebersihan, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Jawapan ini adalah keterangan am tentang perkara ini. Untuk info lanjut, anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini