
jeff
5 tahun
Saya Pesakit SLE Arthritis
Hi doctor,
Saya pesakit SLE Arthritis.
Last few month, saya sakit dekat dada. bila baring sakit dan tak boleh bernafas. dalam60min then sakit tu hilang. sekarang ni saya kerap sakit dada sebelah kiri. Adakah simptom masalah jantung?
terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Hai, terima kasih kerana mengemukakan soalan anda. Sakit dada boleh disebabkan oleh banyak penyakit. Pesakit SLE boleh mengalami sakit dada yang disebabkan oleh keradangan pada salah satu lapisan jantung seperti berikut:
o Endokarditis – Keradangan lapisan dalam jantung
o Myokarditis – Keradangan lapisan tengah jantung
o Perikarditis – Keradangan lapisan luar jantung
Pesakit akan mengalami tanda-tanda seperti sakit dada, sesak nafas dan sebagainya. Sakit dada ini paling teruk apabila mengambil nafas dalam kerana cecair di sekitar paru-paru menyebabkan geseran dan menerukkan kesakitan dada. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko untuk menghidapi arteiosklerosis (saluran darah menjadi sempit dan keras) dan penyakit jantung yang lain.
Penyebab sakit dada yang lain termasuk serangan jantung. Tanda-tanda serangan jantung termasuk sakit dada, sesak nafas, berpeluh, pening, dan loya. Pesakit biasa mengalami masalah sakit dada yang teruk, dan kesakitan tersebut boleh merebak ke bahagian leher, belakang badan atau bahu. Sakit dada ini juga berlaku apabila anda melakukan aktiviti atau berterusan lebih dari 15 hingga 20 minit.
Namun, ada orang yang tidak mengalami kesakitan semasa serangan jantung berlaku. Gangguan asid dari perut juga boleh menyebabkan ketidakselesaan dada. Tanda-tanda gangguan asid termasuk pedih ulu hati selepas makan atau pada waktu malam, sakit dada, batuk kering, sakit tekak, susah menelan dan memuntahkan semula makanan.
Punca sakit dada yang seterusnya adalah penyakit yang berkaitan dengan paru-paru. Tanda-tanda penyakit yang berkaitan dengan paru-paru termasuk sakit dada, sesak nafas, batuk yang berkahak, nafas berbunyi, pembengkakan kaki dan jangkitan paru-paru yang berulang. Bukan itu sahaja, sakit dada mungkin disebabkan oleh masalah sendi, otot atau rusuk.
Pemeriksaan yang lebih lanjut diperlukan untuk mengenal pasti penyebab pening kepala. Tetapi, jika anda rasa anda mungkin mempunyai masalah jantung, anda mesti mendapatkan nasihat doktor dengan segera. Doktor akan mengemukakan beberapa soalan dan menjalankan pemeriksaan secara terperinci untuk mengenalpasti sama ada anda mempunyai masalah jantung.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.