
Sulit
4 tahun
Saya pun taktahuuu apaa
1)saya student umur 19 ,tangan menggeletar suka tiba²,risau tanpa sebab,susah tidur. 2)macamana nak naik kan berat badan yg ideal?,berat saya 39 kg,tinggi 154cm
3)rambut saya mengalami keguguran teruk,adakah itu normal?
4)saya membuang air besar yg kdgnyaaa berdarah,mohon penjelasan,thank u.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat tengahari. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor
- masalah sukar untuk tidur ini boleh diperbaiki dengan cara :
- Kurangkan stress, pastikan anda dikelilingi oleh dorongan yang kuat dan sihat
- Seimbangkan pemakanan. Banyakkan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
- Elakkan tabiat merokok
- Dapatkan nasihat kounseling dari pihak berkenaan
- Minta preskripsi daripada doktor
- Banyakkan meluangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Perbanyakkan senaman yang seimbang.
- Mematikan lampu ketika ingin tidur.
- Pastikan tempat tidur anda dalam keadaan yang selesa dan tenang.
- Untuk menaikkan berat badan :
- Menjalani kehidupan aktif
- Makan pada waktu yang sepatutnya
- Lebihkan pengambilan karbohidrat seperti nasi, roti dan mi
- Tidur secukupnya
- Minum air secukupnya
- masalah keguguran rambut boleh disebabkan oleh:
- Ketidakseimbangan hormon
- Faktor genetik
- Gangguan stress yang berlebihan
- Faktor ubat-ubatan
- Penyakit atau gangguan kesihatan yang memerlukan rawatan susulan
- Masalah najis berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Buasir
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
- Masalah pendarahan
- Kanser usus
Sekiranya masalah yang dinyatakan diatasi ni berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan rawatan yang sewajarnya
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih