
Sulit
4 tahun
Saya pun xtahu ape masalah saya pagi2. Terjadi lepas bangun tidur
Simptom selalu sgt sukar bernafas(just morning time) dan bangun pagi mcm xde tenaga(lemah je),nak kata pedih ulu hati xde rasa panas pun.nak kata gastrik/GERD perut saya langsung xpedih normal je(cuma bunyi kriukk2)awal pagi.tapi kerap jgk sendawa.hari2 tiap pagi mesti mcm tu dada xselesa.mungkin sinus kot(lendir hijau pekat).disebabkan masalah ni hari ni saya xdpt berpuasa.sedih sgt

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan dan mengambil serius tentang masalah/gejala yang anda hadapi iaitu kesukaran bernafas. Justeru, kami berusaha memberikan penjelasan kepada anda tentang perkara ini. Untuk makluman, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai penjelasan, secara amnya, seperti:
- Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah:
- asma
- jangkitan paru-paru akut (pneumonia)
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
- Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah:
- kegagalan jantung
- serangan jantung
- kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
- Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah:
- kekurangan darah merah (anaemia)
- alahan
- resdung
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
- kegemukan.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya masalah ini berlarutan dan mengganggu aktiviti anda. Pemeriksaan menyeluruh diperlukan bagi memberikan penjelasan yang anda kehendaki.
Jika anda mempunyai pertanyaan tambahan, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.