Sulit
2 tahun
Saya rasa saya mengalami masalah tekanan atau kemurungan
Saya wanita berumur 27tahun. Bekerja sebagai seorang Graphic Designer dan masih bujang. Saya selalu merasa tertekan, stress, insecure, tak yakin diri, kadang-kadang menangis sendiri sebab rasa macam tiada sesiapa boleh bantu saya. Saya tertekan kerana keluarga tak pernah mendengar pendapat atau tanya pendapat sehingga saya merasakan sukar untuk mendapatkan apa saya mahu. Saya selalu kena dengar cakap ayah saya. Bagi dia, dia seorang je yang betul dan orang lain salah. Kadang memang terasa sangat tertekan bila keinginan/sesuatu yang kita nak dibantah walhal perkara tu tak salah, contohnya nak kahwin. Saya tak tahu nak buat apa kadangkala sehingga berfikir untuk mengambil ubat anti kemurungan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui kenyataan yang diberikan, anda mempunyai masalah tekanan perasaan, kurang keyakinan, menangis bersendirian disertai dengan perasaan keseorangan. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Perubahan hormon
- Kurang aktiviti kemasyarakatan
Namun gejala ini boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:
- Anxiety
- Kemurungan
- Skizofrenia
- Penyakit bipolar serta psikosis
- Penyakit kemurungan serta psikosis
Oleh kerana gejala yang anda hadapi berkait dengan mental dan psikologi anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar psikiatri