Sulit
6 tahun
Saya rasa susah untuk bernafas dan tidak puas seperti tersekat dengan sesuatu.Munkin ini kali kedua saya mengalami situasi seperti ini sehingga saya tidak boleh tidur
Umur dalam lingkungan 20 ke bawah dan mengalami masalah untuk tidur pada malam ini.Petang dan tengahari saya ada mengambil kafein maybe tu sbb saya tak dpt tidur.Tapi pada masa yg sama nafas saya rasa tak puas dan tidak dalam seperti biasa.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Asma
- GERD
- jangkitan paru-paru
- degupan jantung yang kencang akibat pengambilan kafein yang berlebihan
- COPD lebih-lebih lagi jika ada merokok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.




































