
Sulit
5 tahun
Saya remaja umur 19 kena chicken pox
Hi doctor umur saya 19 tahun saya menghidap chicken pox buat kali pertama, saya ingin bertanya berapa lama masa untuk chickenpox betul2 pulih sepenuhnya dan setelah pulih adakah parut akan kekal selamanya dimuka dn dianggota yg lain lagi satu saya ada baca google tentang kebaikn air kelapa untuk penyakit chicken pox betul ke mitos ini atau air kelapa sekadar mengeluarkn lebih bnyak cacar air sbab saya ada terbaca sesetengah blog kata jangan sesekali minum air kelapa kalau tknk ia bertambah lebih buruk

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, penyakit chicken pox atau cacar air ini pada amnya akan mula mengering dalam tempoh seminggu dan parutnya mungkin mengambil masa berminggu atau berbulan untuk hilang sepenuhnya. Air kelapa boleh diambil selepas bintikan mula mengering dan tiada halangan untuk meminumnya. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.