
Sulit
3 tahun
Saya sah positif covid 19
Salam saya di sahkan positif covid 19 apakah nasihat daripada doktor untuk saya lakukan ketika kuarantin

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Untuk makluman anda, tempoh kuarantin adalah 10-14 hari.
Prinsip utama semasa kuarantin: anda patut mematuhi SOP semasa di rumah seperti sentiasa berasingan dengan ahli keluarga, cuci tangan dan memakai pelitup muka. Anda juga patut memastikan diri boleh dihubungi bila-bila masa dan memantau simptom-simptom kendiri termasuk penggunaan pulse oximeter dan termometer serta melaporkan status kesihatan diri dalam aplikasi MySejahtera setiap hari.
Anda juga boleh merujuk kepada garis panduan MOH untuk maklumat yang lebih lanjut(muka surat 33 hingga 37)
Garis panduan sepanjang pemantauan di rumah
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini