
maishahnadhirah99
5 tahun
Saya sakit kepala sebelah kiri kenapa ye dok
Saya wanita umur 20tahun sudah sakit kepala sudah 3 hari

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang anda hadapi boleh disebabkan:
- Migrain
- Sakit kepala tegang - akibat stres
- Dihidrasi - tidak cukup air
- Perubahan hormon - Sindrom Pra-menstruasi
- Kesan ubat-ubatan seperti pil perancang
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.