Sulit
2 tahun
Saya sakit payudara sebelah kiri
Assalamualaikum doktor…payudara sebelah kiri saya sakit…saya picit…kluar air jernih…sebelah kaan tak sakit…knp tu doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Berdasarkan penerangan anda di atas, kami memahami anda mengalami kesakitan pada payudara sebelah kiri dan terdapat keluaran cecair jernih. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah yang anda alami boleh berlaku kerana perubahan fisiolog yang normal ataupun berpunca daripada beberapa isu kesihatan seperti :
- Duct ectasia
- Duct papilloma
- Ekzema payudara
- Kesan sampingan sesetengah ubat
- Kanser payudara
Sebaiknya anda merujuk kepada doktor pakar sakit puan untuk mendapatkan kepastian sama ada masalah anda adalah normal ataupun disebabkan oleh patologi pada bahagian payudara. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi bersama doktor pakar kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.