
Sulit
3 tahun
Saya sakit perut dan muntah
Saya berumur 21 tahun. Selalu rasa sakit perut macam masuk angin. Sakit bahagian epigastric. Rasa sakit lagi teruk after makan and muntah-muntah. Dah banyak kali terjadi like dalam minggu ni saja, dah kena 2 kali. so, saya nak tanya, if adakah ini just sakit masuk angin biasa atau tidak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah sakit perut seperti masuk angin dan mengalami muntah-muntah. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- kekurangan gula dalam tubuh
- rutin makan yang kurang sihat
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Bowel obstruction/ Usus tersumbat
- Diverticulitis
- Keradangan appendiks
- Penyakit radang pelvis
- jangkitan kuman yang disertai keracunan makanan
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.