Sulit
3 tahun
Saya sakit perut seperti gastrik dan cirit birit kadang kadang najis normal kadang kadang najis cair
Saya lelaki umur 19 tahun mengalami sakit perut angin seperti gastrik kerap sendawa dan kentut dan cirit birit kadang kadang normal kadang kadang najis cair sakit ini berlangsung selama dua minggu selepas saya makan maggie dan telur mentah dan sedikit makanan berkerang seperti kerang dan lala sakit ini beransur pulih sebab saya oada mulanya tidak lalu makan dan kerap berfikir mcm mcm seperti takut kena serangan jantung dan berfikir akan mati tapi cirit birit dan perut berangin masih terasa dan ia terasa sedikit kuat pada waktu malam dan harini juga saya mengalami sakit perut ingin berak dan bila saya ketandas dan berak didapati najis normal kali kedua ketandas najis berketul dan berwana kuningan dan terapung apakah saya keracunan makanan atau berpenyakit lain
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Ketidakselesaan akibat sakit perut sememangnya mengganggu, justeru, kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan, antaranya ialah:
- Keracunan makanan - sering diiringi gejala tambahan seperti mual muntah
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Alahan kepada makanan
- Radang usus - seperti irritable bowel syndrome (IBS) yang sering dikaitkan dengan masalah mood (stress)
Anda boleh mengamalkan langkah-langkah berikut untuk mencegahnya:
- Banyak minum air masak
- Elakkan makanan pedas dan berempah
- Ambil makanan yang lembut dan mudah dihadam
- Jaga kebersihan makanan dan tangan
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, jika masalah ini semakin berlarutan dan mengganggu aktiviti harian anda, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih