Sulit
4 tahun
Saya sakit perut yang teruk,kadang muntah-muntah dan perut saya kalau tak makan ubat akan berasa tidak selesa yang tak tahu nk digambarkan
hello DR,
saya sakit perut yang teruk,saya dah pergi banyak klinik sejak awal tahun lagi banyak dr cakap saya gastrik,tapi bila saya makan uabt dia hilang sakit perut tapi bila hilang kesan ubat atau terlewat makan ubat saya akan sakit perut yang teramat,kadang sampai tak larat jalan…dan selepas saya makan atau minum perut saya akan sakit sangat rasa sangat tak selesa and setiap kali makan saya akan rasa mual dan saya selalu cirit-birit…boleh dr terangkan saya mengalami sakit apa berdasarkan gejala saya ni
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi pada masa ini. Untuk maklumat anda, berikut merupakan antara beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sakit perut:
- Ulser perut/duodenum
- Jangkitan usus
- Radang apendiks ( appendicitis )
- Radang pankreas ( pancreatitis )
- Divertikulitis
- Irritable bowel syndrome (IBS)
- Inflammatory bowel diseases ( ulcerative colitis atau penyakit Crohn)
- Fibroid atau polip rahim
Walau bagaimanapun, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah tersebut. Sila berjumpa doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami:
- Mual dan muntah
- Pitam
- Najis berdarah
- Demam
- Lemah dan lesu badan
Anda juga boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami untuk penjelasan






























