
Anonymous
4 tahun
Saya selalu pengsan dan pitam
Saya wanita berumur 20 tahun, saya selalu pengsan. Sebelum saya pengsan saya selalu rasa sukar untuk bernafas, sakit dada, pening rasa badan macam tidak seimbang dan saya akan rasa macam berpeluh. Kaki dan tangan saya juga akan terasa sejuk terutama bila saya tersedar.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Kerap pitam dan pengsan biasanya disebabkan oleh beberapa perkara. Kebiasaannya ia berlaku sebagai tindak balas kepada pengurangan pembekalan darah kepada otak.
Ini berlaku apabila seseorang mempunyai masalah jantung seperti:
- degupan jantung yang tidak sekata
- kurang gula di dalam darah
- anaemia
- masalah urat saraf yang mengawal tekanan darah
- tekanan darah yang rendah
Dalam situasi anda, ia mungkin merupakan serangan vasovagal yang kerap kali berlaku pada golongan kanak-kanak dan dewasa. Ini berlaku apabila tekanan darah berkurangan, menyebabkan pengurangan oksigen ke otak dan seterusnya menyebabkan pengsan.
Selain itu, masalah pitam juga mungkin berlaku jika anda mempunyai:
- tekanan emosi yang tinggi,
- gelisah, sakit atau lapar
- penggunaan alkohol atau dadah
- anaemia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!