
Sulit
4 tahun
Saya sentiasa melalui masa yg telah dilalui berulang
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Sy lelaki yg telah berkahwin berumur 33 tahun. Sy nak kongsikan masalah yg sy hadapi semenjak berumur 12 tahun kepada doktor. Seperti dalam seminggu mesti akan berlaku dimana contohnya hari,keadaan, dan apa yg berlaku pada hari tu akan berulang semula sy jalani. Sampai kan sebelum kwn2 sy ingin katakan apa yg mereka nak katakan sy dah bagitau atau benda yg selalu sy lakukan adalah menunggu detik mereka baru nak katakan perkataan sy dah cepat2 sebut apa yg mereka nak katakan, membuatkan apa yg sy sebut dan mereka adalah sama. Dan lg 1 sy boleh merasakan bila ada ape2 yg nak berlaku. Selama ni sy pendam sbb sy takut dan malu nak kongsikan pada sesiapa, sbb takut sy dikatakan bela jin ke, saka ke pengamal ilmu hitam ke sedangkn sy rasa sy masih waras dan takkan nak merosakkan aqidah sy untuk menduakan Tuhan. Jadi dalam kehidupan harian sy, sy jadi kemurungan dan sentiasa berseorangan walaupun ada isteri dan anak. Sy kesian tgk isteri sy cuba yg terbaik untuk fahami sy, dan sy juga dah pergi ke perubatan islam. Alhamdulillah drg kata tak ada apa, tapi sy tahu tmpt perubatan yg sy pergi tu tak serius nak rawat orang yg dtg sampai kan time dia baca ayat2 rukyah tu, sgt kuat perasaan sy yg dia ada skip ayat2 yg sepatutnya dia baca walaupun sebenarnya sy tak hafal langsung. Time tegur org perubatan islam tu, sy acah2

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas keterangan dan soalan yang ditujukan.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Kami tidak dapat memberikan kata putus mengenai keadaan yang anda alami kerana ia berkaitan dengan masalah mental dan psikologi. Terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan, seperti:
- Stres berlebihan
- Kemurungan
- Kurang rehat
- Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
- Skizofrenia
- Masalah skizoafektif atau skizofrenifiorm
- Penyakit bipolar serta psikosis
- Penyakit kemurungan serta psikosis
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor pakar psikiatri atau psikologi segera untuk diperiksa dengan lebih lanjut. Anda tidak perlu risau kerana keadaan ini boleh dirawat dan dikawal sekiranya anda patuh kepada arahan doktor yang merawat anda. Untuk mengetahui anda mengalami kemurungan atau tidak, persoalan lanjut perlu ditanya kepada anda.
Saya sangat menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan segera. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa diri anda ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 .
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.