
Sulit
5 tahun
Saya seorang pesakit anemia dan kerap pening kepala
Assalamualaikum doktor… saya ada soalan sejak saya berusia 16 - 17 tahun ni kadang- dalam sebulan tu atau selang 3 minggu saya akan mengalami sakit kepala seperti kepala saya di hantuk ke dinding dan disertai mual… boleh saya tahu macam mana nak mengatasi dan penyebabnya? Mohon penjelasan daripada doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara dan terbahagi kepada dua iaitu primer atau sekunder. Sakit kepala primer adalah merangkumi migrain, sakit kepala cluster , dan sakit kepala ketegangan.
Sakit kepala sekunder pula adalah simtom yang berlaku apabila keadaan lain merangsang saraf yang sensitif terhadap kepalanya. Pelbagai faktor yang berbeza boleh menyebabkan sakit kepala sekunder termasuk:
- sakit gigi
- influenza
- dehidrasi
- pendarahan di dalam atau di sekeliling otak
- keracunan karbon monoksida
- glaukoma
- tumor otak
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.