
Sulit
4 tahun
Saya sering bercakap sendirian dengan membayang saya bercakap dengan seseorang seperti ayah, kawan dan lain-lain sedangkan mereka tiada bersama saya. adakah ia normal
Saya seorang lelaki berumur 20 tahun. Saya sering bercakap sendiri dengan selalu membayangkan saya bercakap dengan seseorang seperti kawan, ayah dan lain- lain sedangkan mereka tiada dengan saya. adakah ia normal kerana saya terlalu kerap melalui perkara ini ? mohon pandangan doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, bercakap kepada diri sendiri boleh bertindak sebagai suatu cara untuk mengingatkan diri kita tentang apa yang perlu dilakukan. Namun begitu, perihal bercakap dengan diri sendiri yang diiringi dengan halusinasi (bayangan) kepada sesuatu yang tidak wujud pada ketika itu boleh menjadi petunjuk kepada masalah emosi atau psikiatri.
Sebaiknya, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor di klinik. Dari situ mereka akan melakukan pemeriksaan dan menanyakan beberapa soalan kemudian merujuk kepada pakar psiakitri jika perlu.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Buat masa sekarang, kami sarankan anda mencuba langkah yang berikut:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling anda
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
Kami juga sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kaunseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa diri anda ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 .
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.