
Sulit
3 tahun
Saya sering kerap kencing dan sakit pinggang ketika bangun tidur
saya lelaki 15 tahun sering kerap kencing dan sakit pinggang dan sakit itu amat menyakitkan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami bahawa anda bimbang dengan keadaan anda yang kerap kencing dan sakit di bahagian pinggang. Saya akan cuba untuk membantu anda,
Seseorang itu dikatakan mengalami kencing yang kerap apabila perlu membuang air kencing lebih daripada 6 kali sehari dan perlu bangun daripada tidur melebihi 2 kali semalam untuk ke tandas. Ia berlaku apabila tubuh menghasilkan kuantiti air kencing lebih daripada biasa.
Individu yang sihat dan normal akan menghasilkan air kencing sebanyak satu hingga dua liter sehari. Namun, seseorang yang mengalami keadaan kencing yang kerap pula, buah pinggang menghasilkan air kencing melebihi 3 liter sehari
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah seperti berikut:
- Jangkitan saluran kencing
- Radang panggul
- Masalah prostat
- Interstitial cystitis
- Penyakit-penyakit saraf (Neurogenic bladder dan sebagainya)
Oleh itu, saya mencadangkan anda agar segera merujuk kepada doktor untuk mengetahui rawatan yang mana paling sesuai untuk keadaan anda sebelum anda mengambil sebarang ubat - ubatan. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan informasi serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor