Sulit
3 tahun
Saya sering mengalami penat, berdebar di dada, apabila saya mengalami debar didada kedua tangan saya terasa kebas, jantung berdegup laju, apakah punca penyakit saya ini
Saya sering mengalami penat, berdebar di dada, apabila saya mengalami debar didada kedua tangan saya terasa kebas, jantung berdegup laju, apakah punca penyakit saya ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu penat, dada berdebar dengan kedua tangan terasa kebas. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh berpunca daripada beberapa perkara, antaranya ialah:
- Sangat tertekan
- Cemas dan panik
- Hamil
- Mengambil ubat yang merangsang jantung
- Penyakit hipertiroidisme
- Mempunyai masalah jantung yang lain seperti “arrhythmia”, kecacatan jantung, serangan jantung atau pernah melaui pembedahan jantung.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan. Namun begitu, anda dinasihatkan segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala seperti:
- Pitam akibat jantung berdebar
- Sakit dada
- Sesak nafas
- Berpeluh luar biasa
- Anda sering merasakan degupan jantung (lebih dari 6 minit) dan berulang (3 kali atau lebih)
- Anda mempunyai faktor risiko seperti penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes, atau tekanan darah tinggi.
- Nadi anda melebihi 100 denyutan seminit (tanpa senaman, kebimbangan, atau demam).
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!