
Sulit
4 tahun
Saya sering pening yang nampak sekeliling seakan berputar
Hi doktor , saya fatihah berumur 19 tahun , saya sering mengalami pening yang rasa dia sama macam lepas kita berpusing ii , akan nampak macam keliling kita berpusing . Saya ada check dekat google dan saya jumpa satu penyakit yang namanya vertigo tapi saya tak berapa faham sangat , doktor rasa saya perlu bertemu dengan doktor di klinik ke ? Kalau perlu apa yang saya perlu beritahu pada doktor dan apa yang doktor akan check pada saya ya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan yang diberi, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah pening seperti kehilangan keseimbangan. Untuk makluman anda, vertigo merupakan salah satu kondisi dimana anda akan merasai pening seperti merasakan persekitaran anda tengah berpusing, dan ia boleh disebabkan oleh masalah ruang telinga dalam ataupun dikenali sebagai inner ear yang mengandungi organ telinga seperti cochlea, labyrinth dan juga semicircular canals.
Semicircular canals ini adalah organ telinga yang bertanggungjawab untuk mengawal kestabilan badan ketika berdiri dan duduk, serta memberi deria kesedaran posisi lurus atau terbalik. Jika organ ini bermasalah, ia boleh menyebabkan simptom vertigo. Terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan organ tersebut bermasalah, seperti:
- Jangkitan kuman pada telinga atau organ labyrinth (Labyrinthitis)
- Keradangan yang merebak daripada ruangan telinga tengah dan luar (Middle ear and ear canal)
- Kecederaan pada kepala
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV)
- Menierre’s disease : pengumpulan tekanan dan cecair dalam ruangan telinga tengah. Selalunya disertai dengan telinga berdering (tinnitus)
- Penyakit migrain yang teruk
- Keradangan dalam ruangan telinga tengah, seperti Acute peripheral vestibulopathy yang boleh merosakkan saraf telinga (Vestibulocochlear nerve)
- Tumor otak atau strok : selalunya akan menyebabkan pada dua belah telinga (Central vertigo)
- Sebab lain yang jarang : Otosclerosis, Perilymphatic Fistula, dan Cholesteatoma erosion.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini bagi mendapatkan rawatan yang sesuai dengan masalah yang anda hadapi. Sila pantau jika anda mempunyai simptom-simptom lain seperti:
- Sakit kepala
- Muntah dan loya
- Masalah pendegaran
- Telinga berdering
- Masalah konsentrasi ataupun hilang ingatan
- Hilang kesedaran dari masa ke semasa.
Untuk info lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.