
Sulit
4 tahun
Saya sering rasa sakit kepala Dan mengalami genjala panas di perut selepas makan
Saya lelaki berusia 17 tahun nama danish

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah sakit kepala yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala biasanya disebabkan faktor:
- Keletihan
- Stress
- Pemakanan tertentu
- Dehidrasi
- Cuaca panas
Bagi masalah perut terasa panas selepas makan kemungkinan di sebabkan oleh makanan itu. Contoh seperti makanan pedas, berempah dan sebgainya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.