Sulit
3 tahun
Saya sudah mengalami nafas berat selama seminggu.jantung juga berdegup lebih laju apabila berasa lapar.saya risau sekiranya Saya mengalami masalah hantung ataupun paru paru
Sudah seminggu Saya mengalami nafas berat.jantung juga berdegup lebih cepat apabila Saya berasa lapar
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat bebearapa penyakit yang boleh dikatikan dengan kondisi anda iaitu:
- Asma
- Penyakit penyekatan salur nafas (COPD)
- Cecair hidung yang jatuh ke kerongkong ( Postnasal Drip )
- Paru-paru berair ( Pulmonary edema )
- Penyakit tidak bernafas ketika tidur ( Sleep apnea ) yang boleh disebabkan oleh keturunan atau masalah tonsil
- Penyakit jantung seperti Congestive Heart Failure (CHF)
- Salur darah paru-paru tersumbat ( Pulmonary embolism )
- Refluks asid dalam perut
- Penyakit buah pinggang
- Serangan panik atau gangguan stress.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi