
Sulit
3 tahun
Saya susah bernafas
Saya berumur 21, Saya pernah kena covid , dalam Masa Saya kuarantin tu Saya susah nak bernafas sehingga sekarang, bila nak bernafas penuh, perut Saya Tak selesa.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami anda mengalami gejala kesukaran untuk bernafas dan pernah dijangkiti COVID-19. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala sesak nafas boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gangguan perasaan
- Kekurangan darah atau anaemia
- Alahan
- Resdung
- Kegelisahan (Anxiety Disorders)
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru (pneumonia)
- Asma
- Jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- Penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
Namun disebabkan anda pernah dijangkiti COVID-19 anda perlu merujuk perkara ini di hospital dengan segera.
Jika anda ingin mendapatkan kepastian lebih lanjut, anda disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan dokto