
Sulit
4 tahun
Saya takut mengandung dan telah mengambil postinor 2
Salam doc. Saya wanita berumur 27tahun. Saya baru berkahwin dan merancang untuk tidak mempunyai anak terlebih dahulu. Tarikh last period saya adalah pada 3/2, dan saya bersama dengan suami pada 14/2(mengikut jangkaan dari apps merupakan hari subur saya) kami menggunakan kondom pada asalnya. Tapi pada pertengahan hubungan, dia melepaskan kondom, tetapi pada saat dia ejakulasi, dia telah melakukan pancutan diluar. Oleh kerana saya masih risau mengandung, pada keesokan harinya sebelah petang,15/2 saya mengambil dos pertama postinor dan 12jam selepas itu dos kedua. Lebih kurang dalam 30jam selepas bersama. Mengikut jangkaan tarikh period seterusnya adalah pada 1/3. dan pada tarikh tersebut saya telah keluar ketulan berwarna cokat selama 2 hari dan pada 3/3 saya period. Darah pekat dan ketulan darah period seperti yang biasa saya alami dalam kitaran haid saya. Tapi oleh kerana saya masih takut, saya tetap membuat ujian UPT pada petang 5/3 keputusannya negative. Dan satu lagi ujian UPT pada pagi 6/3 harini dan keputusan masih negative. Jadi oleh kerana saya tidak mempunyai pengalaman mengandung, soalan saya adalah, adakah saya masih ada kemungkinan mengandung dari hubungan saya dan suami pada 16/2 tersebut walaupun saya sudah period? Saya dan suami PJJ. 16/2 adalah tarikh akhir kami bersama. Tolong jawab doc. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ubat yang anda ambil adalah pil perancang kecemasan dan ia berfungsi adalah dengan mengekang telur (ovum) keluar dari ovari dan menebalkan lendiran pada dinding rahim supaya ovum dan sperma susah untuk melekat di situ.
Dos pertama perlu diambil secepat mungkin selepas melakukan hubungan, kurang daripada 72 jam. Dos kedua perlu diambil 12 jam selepas pengambilan dos pertama. Semakin lambat anda mengambil dos pertama selepas bersama semakin kurang keberkesanannya, dan ianya tidak berguna jika diambil selepas 72 jam.
Informasi dengan lebih lanjut tentang pil perancang kecemasan ini boleh didapati di bawah.
- Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
- Dianggarkan bahawa ia akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
- Tidak diketahui sama ada ia berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
- Mengambil dos pil kontraseptif kecemasan secara berlebihan dalam sesuatu masa tidak akan menjadikannya lebih berkesan.
- Jangan ambil 2 pil pada masa yang sama
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.