Promosi eFarmasi Terkini Konsultasi bersama Pakar
Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Saya telah melakukan hubungan seks pada waktu subur dan telah makan sebiji tablet postinor 2

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: April 20, 2021 9:43 AM
Sulit 3 bulan

Saya telah melakukan hubungan seks pada waktu subur dan telah makan sebiji tablet postinor 2 selepas itu. Dan tidak makan tablet kedua meskipun telah beberapa hari. Adakah saya akan mengandung?

Dr Sashini Seeni 3 bulan
General Practitioner

Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Ubat yang anda ambil adalah pil perancang kecemasan dan ia berfungsi adalah dengan mengekang telur (ovum) keluar dari ovari dan menebalkan lendiran pada dinding rahim supaya ovum dan sperma susah untuk melekat di situ.

Dos pertama perlu diambil secepat mungkin selepas melakukan hubungan, kurang daripada 72 jam. Dos kedua perlu diambil 12 jam selepas pengambilan dos pertama. Semakin lambat anda mengambil dos pertama selepas bersama semakin kurang keberkesanannya, dan ianya tidak berguna jika diambil selepas 72 jam.

Informasi dengan lebih lanjut tentang pil perancang kecemasan ini boleh didapati di bawah.

  • Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
  • Dianggarkan bahawa ia akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
  • Tidak diketahui sama ada ia berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
  • Mengambil dos pil kontraseptif kecemasan secara berlebihan dalam sesuatu masa tidak akan menjadikannya lebih berkesan.
  • Jangan ambil 2 pil pada masa yang sama

Untuk makluman anda, setelah mengambil pil perancang kecemasan tersebut, anda akan tahu ia telah berkesan apabila anda mendapat haid seterusnya dan haid anda kelihatan normal. Anda disarankan untuk pergi ke klinik atau konsultasi dengan doktor sekiranya anda:

  • Jika haid anda datang lewat melebihi 5 hari atau kelihatan luar biasa seperti terlalu banyak atau kemerahan terang.
  • Jika anda masih bimbang bahawa anda mengandung.
  • Sekiranya anda mengalami sakit yang mendadak atau tidak rasa selesa pada bahagian perut dibawah dan haid datang lewat.
  • Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang kesihatan anda atau inign tahu mengenai kaedah kontrasepsi yang paling sesuai untuk anda.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info lanjut, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi. Terima kasih

Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi

image

Dikemaskini pada: Tue Apr 20 2021 09:43:51 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang pil perancang kecemasan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19

Soalan Teratas



Kategori


Alahan (25) Anemia (52) Asid Refluks (28) Asthma (16) Badan Gemuk (32) Batuk (262) Benjolan Di Kulit (381) Bisul (70) Buasir (229) Cara Berhenti Merokok (41) Chlamydia (10) Cirit Birit (80) Darah Nifas (17) Darah Tinggi (165) Dehidrasi (2) Demam (622) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (43) Derma Darah (21) Ejakulasi Pramatang (192) Ekzema (15) ENT (1072) Fibroid (29) Gallstone (3) Gastrik (58) Gigi & Gusi (525) Gonorea (67) Haid Berlebihan (178) Haid Berpanjangan (858) Haid Lewat (1953) Haid Sakit (227) Haid Tidak Teratur (2375) Hematologi (18) Hepatitis A (3) Hepatitis B (50) Hepatitis C (12) Herpes (80) Hipoglisemia (1) Hipotensi (22) HIV (353) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (2) HPV (43) Insomnia (95) Jangkitan Coronavirus (3079) Jerawat (187) Kahak (106) Kandidiasis (7) Kebas (278) Keguguran (149) Kehamilan (2165) Kencing Manis (227) Keputihan (757) Keputusan Siasatan (72) Keracunan Makanan (16) Kesihatan Am (4736) Kesihatan Am Wanita (628) Kesihatan Kanak-Kanak (1039) Kesihatan Kulit (43) Kesihatan Lelaki (76) Kesihatan Rambut (117) Kesihatan Seksual (2437) Ketinggian (18) Ketuat (65) Kolesterol Tinggi (68) Kulat di Faraj (141) Kurang Berat Badan (87) Kurang Selera Makan (56) Kurap (46) Kutu (7) Lebam (6) Makanan Tambahan (96) Masalah Buah Pinggang (64) Masalah Kencing (1020) Masalah kesuburan (14) Masalah Peluh (72) Masalah Penglihatan (21) Masalah Psikiatri (771) Masalah saraf (9) Masalah Tangan Dan Kaki (532) Masalah Tidur (104) Mati Pucuk (353) Migrain (52) Mual & Muntah (152) Mulut Berbau (18) Najis Abnormal (285) Najis Berdarah (164) Pedih Ulu Hati (89) Pelindung muka (3) Pencegahan Koronavirus (60) Pendarahan Coklat (176) Pendarahan Spotting (228) Penerangan Penyakit (135) Pening Kepala (161) Penuaan (6) Penyakit Jantung (240) Penyakit Kelamin (1131) Penyakit Kulit (1772) Perancangan Keluarga (1174) Pil Perancang Kecemasan (583) Pitam (87) Prosedur Perubatan (194) Psoriasis (17) Sakit Badan (655) Sakit Belakang (163) Sakit Dada (1073) Sakit Kepala (1350) Sakit Lutut (195) Sakit Mata (349) Sakit Mulut (94) Sakit Otot (53) Sakit Payudara (440) Sakit Perut (1659) Sakit Pinggang (210) Sakit Tekak (629) Sakit Telinga (89) Sakit Tulang (128) Sakit Tumit (77) Selsema (44) Selsema burung (5) Sembelit (117) Sendawa (45) Sesak Nafas (819) Sifilis (112) Sinusitis (36) Strok (42) Tidak Datang Haid (192) Tidur Berdengkur (8) Tiroid (181) Tonsil (85) Trauma (13) Ubat-Ubatan (607) Ujian Kehamilan (621) Ulser mulut (28) URTI (107) Vaksin COVID-19 (338) Vitamin dan Nutrisi (104) Wabak bubonic (4)