Sulit
3 tahun
Saya terasa sakit dibhgian telur sebelah kanan
Saya terasa sakit ditelur sebelah kanan sy sehingga terasa kebas dibhgian kaki dan tngan…telur disebelah kanan sy turun dari sbelah kiri…kenapa ya doktar??
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sering kebas di sebelah kanan di bahagian kaki dan tangan. Untuk makluman anda, kebas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hypoglycemia yaitu kurang gula dalam darah
- Stroke yaitu apabila bahagian otak yang terkena tidak mendapat oksigen
- Migraine sejenis sakit kepala
- Kompliksi kencing manis
- Multiple sclerosis yaitu masalah sistem saraf pusat yang mana apabila signal tidak dapat disalurkan dengan benar
- Malnutrisi atau kurang vitamin sehingga menganggu pertumbuhan dan perkembangan sel tubuh
- masalah saraf
Berkenaan posisi buah zakar anda, ini adalah perkara normal bagi lelaki untuk mempunyai salah satu buah zakarnya lebih ke bawah dari buah zakar sebelahnya. Namun, jika anda ingin merujuk kepada salah satu doktor pakar kami, anda boleh berbuat sedemikian di link ini: https://www.doctoroncall.com.my/find-doctor
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.