
Sulit
4 tahun
Saya teringin sangat ingin hamil
saya dan suami dah kawin hampir 3 tahun tapi sampai ari ni saya masih tak memgandung doktor agak2 apa masalah ye dan doktor rasa apa patut saya buat ye

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Pada dasarnya bagi menilai kesuburan seseorang wanita kami perlu tahu sejarah kesihatan, kondisi saat ini dan juga pemeriksaan lain yang terkait dengan infertiliti semasa. Oleh itu saya sangat sarankan anda untuk kembali berjumpa doktor di klinik atau hospital yang berdekatan agar informasi yang diberikan lebih tepat.
Untuk pengetahuan puan, selain gangguan kesuburan pihak lelaki, terdapat pula beberapa faktor risiko (sementara atau jangka panjang) yang memainkan peranan terhadap kesuburan wanita. Faktor-faktor tersebut lazimnya termasuk:
- umur tua (35-37 tahun keatas)
- sejarah merokok atau alkohol yang berlebihan
- masalah berat badan atau obesiti
- mempunyai sejarah seperti
- operasi pada atau sekitar organ reproduksi wanita
- haid tidak teratur
- gangguan organ reproduksi
- penyakit kelamin atau STDs
- penyakit kronik atau neoplasma
- gangguan kehamilan sebelumnya
Yang pasti, pada masa kini, terdapat pelbagai usaha yang boleh dijadikan pedoman bagi menelusuri dilema kesuburan wanita, justeru berbincanglah dengan doktor anda (bersama-sama suami) untuk mendapatkan saranan dan nasihat yang lebih komprehensif berkenaan rancangan keluarga dan kesihatan kesuburan anda sekeluarga.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Dalam waktu yang terdekat ini juga, saya sarankan anda terus berusaha dan berdoa agar rezeki untuk mengurniakan cahaya mata bakal menjadi kenyataan.
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).