
Sulit
3 tahun
Saya tidak datang period selama 2 bulan
saya wanita berumur 20an. Saya tidak datang haid selama 2 bulan tetapi saya sebelum ini memang period saya tidak teratur. Saya risau kerana bulan lepas saya ada melakukan seks bersama teman lelaki saya. Seks yang dilakukan tidak lah seks yang sebetulnya dan tidak pernah memasukkan alat kemaluanya kedalam faraj, hanya melakukan ringan ringan seperti gisir gisir secara belapik pada kemaluan sehingga mengeluarkan air mani. Saya juga telah membuat 2 kali ujian kehamilan tetapi keputusannya adalah negative. Adakah saya mengandung ataupun masalah hormon ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang telah diajukan
Melalui keterangan yang diberikan, anda mengalami masalah tidak datang haid selama 2 bulan. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, antara punca haid tidak datang adalah seperti:
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Kesan sampingan pil perancang kehamilan
- Tekanan emosi
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Penyakit yang lebih serius yang boleh menyebabkan gejala haid tidak datang yang memerlukan pemeriksaan lanjut adalah:
- Polycystic ovarian syndrome
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dan menentukan status kehamilan anda .
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi