
Sulit
3 tahun
Saya UPT positive selepas habis datang haid dengan darah yang banyak. Adakah ia normal?
Saya wanita berumur 23tahun. Adakah positive pregnant selepas datang haid dengan darah yang banyak adalah normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, datang haid selepas UPT positif boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya normal sekiranya ia adalah proses implantasi, biasanya dalam 2 minggu selepas kenal pasti kehamilan. Selain itu, ia juga boleh disebab oleh perkara lain seperti kehamilan tergugat atau keguguran.
Faktor-faktor atas biasanya menyebabkan gejala yang serupa sekali dan amat sukar untuk dikenal pasti tanpa perincian.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut seperti imbasan ultrasound dan lain. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu Dan Anak (Obstetrician).