
dhomiroh16
5 tahun
Saya wanita 18’an dan saya hendak bertanya ape sebab kite kurang makan badan rasa kurang selesa muka pucat lesuh kurang bergaul dengan orang sekeliling terlalu banyak berfikir
Kurang makan muka pucat lesuh banyak berfikir badan lemah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, makanan membekalkan kalori atau tenaga untuk tubuh anda berfungsi. Seperti halnya apabila sebuah kereta memerlukan minyak untuk bergerak, begitu juga dengan tubuh badan kita. Makanan adalah ibarat minyak yang memberi tubuh tenaga untuk melakukan pekerjaan. Apabila anda kurang makan, tenaga tidak disalurkan ke otak, maka otak anda akan menjadi perlahan, dan badan menjadi lemah pucat lesu. Oleh itu, makanlah makanan dengan diet yang seimbang iaitu makanan yang mengandungi semua 7 kelas makanan dalam kadar yang dibenarkan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info lanjut, sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.