
Sulit
4 tahun
Saya was2 dgn test 3 bulan / 6 bulan
Hai, saya 22 thun ingin bertanya doc sye melakukan hubungan pada kali terakhir 3.11.20 dan saya buat test dengan ngo pada 9.2.21 lebih daripada 3 bulan hasilnye -ve dan saya was2 saya buat lagi test di ab/ag screening pada 2.3.21so genap 5 bulan 2 hri hasil sama -ve adakah itu memadai yang saya tidak terinfesi?(dalam jangka masa itu saya tidak mempunyai gejala) saya jadi was2 dan anxiety bila ada orang kata untuk 3 bulan tidak valid

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan seperti ujian jenis apa yang anda lakukan. Namun, secara umum, ujian bagi mengenalpasti samada anda terinfeksi dengan penyakit kelamin atau tidak, sebenarnya bergantung kepada jenis penyakit kelamin tersebut. Hal ini kerana setiap penyakit kelamin mempunyai “window period” (jangka masa daripada virus/kuman masuk ke dalam badan dan membentuk antibodi) masing-masing. Masa untuk ujian dilakukan akan ditentukan oleh doktor yang merawat anda.
Anda bimbang tentang Penyakit Kelamin / STD? Dapatkan ujian dengan selsa dan mudah
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Untuk pertanyaan lanjut, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.