Sulit
4 tahun
Saya xfahamlah doktor kenapa thyroid function test?
Klinik kesihatan kerajaan diagnosis saya anxiety. saya cuma simptom takut2 bila nak buat sesuatu n ade urusan yg baru2.dah amik darah ary tu result dh kua yg laen semua doktor ckp normal.anxiety saya pun normal.doktor siap gelak2kan saya lagi. Tapi pada borang ambik darah kali ke-2 saya doktor tulis thyroid function test. Pelik lah saya. dah kena amik darah kali ke-2 pulak(xamik pun). Ape kena mengena anxiety dengan thyroid function test? Saya cuma sinus je(pagi2 pekat hijau).xleh hirup udara sejuk udara pagi udara Ujan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, doktor yang merawat anda mungkin ingin mendapatkan kepastian mengenai tahap tiroid anda. Hal ini kerana, antara simptom masalah tiroid adalah :
- Jantung berdegup laju atau tidak sekata
- Penurunan berat badan secara mendadak
- Selera makan meningkat
- Kegelisahan yang tidak terkawal
- Menggigil
- Kerap berpeluh
- Mudah merasakan panas
- Masalah tidur.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda dan lakukan ujian tiroid bagi mendapatkan kesimpulan kepada siasatan lanjut mengenai masalah yang dihadapi.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

































